Mengenai PEDi

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PEDi yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PEDi menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PEDi, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PEDi



Sejarah

Kisah bermulanya sejarah nama Kampung Chabau adalah dari cerita melalui warga-warga tua iaitu sebelum Perang Dunia ke-Dua, penduduk di kawasan ini terdiri daripada bangsa Melayu yang berhijrah dari tanah seberang, lalu membuka hutan untuk dijadikan kawasan penempatan yang menjalankan kegiatan pertanianjuga penternakan kerbau dan kambing. Kawasan kampung yang luas berjiran dengan Kampung Bekoh, Belading, Johor Darul Takzim di sebelah timur, Kampung Asahan di sebelah utara dan Kampung Chohong di sebelah selatan.

Pertanian dan penternakan adalah sumber ekonomi kawasan setempat di mana penduduk menanam padi tahun yang mana pokok padi tersebut tumbuh dengan ketinggian melebihi ketinggian manusia. Pertanian menggunakan tenaga dari tulang empat kerat bagi menampung kehidupan harian dan sistem barter iaitu sistem tukar barang menjadi amalan masyarakat kampung di sini.

Petani bertani mengikut musim, setahun sekali. Apabila habis musim bertani, maka mereka akan turun ke sungai untuk mencari ikan. Di samping itu, mereka juga berminat dengan pertandingan Laga Kerbau. Pertandingan ini akan diadakan setiap kali habis musim menuai dan dihadiri oleh masyarakat kampung dan juga kampung sekeliling dengan menjadikan hasil tuaian dan ternakan sebagai hadiah pertandingan. Pertandingan berkenaan kelazimannya akan berlarutan sehingga menjelang waktu Maghrib dan di waktu inilah menjadi kebiasaan bagi burung-burung “Tattibau” akan berterbangan dan mengeluarkan bunyi “tattibau… tattibau…” sehingga hampir malam.

Di setiap kampung mempunyai penghulu dan menjadi tanggungjawab beliau memastikan anak-anak buah beliau menghentikan sebarang aktiviti menjelang waktu Maghrib. Melihatkan kehadiran penghulu, kumpulan laga kerbau akan bertempiaran lari sambil berteriak “Cabut” sambil meninggalkan kerbau lagaan mereka.

Lama-kelamaan, kawasan yang masih belum mempunyai nama ini kekal dengan aktiviti sedemikian. Penghulu di kampung ini bercadang untuk memberikan nama bagi kampung ini. Satu mesyuarat bersama anak-anak buah beliau telah diadakan dan mesyuarat berkenaan bersetuju untuk menamakan kampung ini. Di akhir mesyuarat berkenaan, mesyuarat telah mencapai katasepakat untuk menamakan kampung ini dengan nama “Chabau” bersempena dengan aktiviti kampung iaitu laga kerbau, cabut lari dan bunyi burung “Tattibau”. Dan sejak dari itu maka kekallah nama kampung ini bernama ”Kampung Chabau”.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


CAMPING DAN PERTANDINGAN MEWARNA ONLINE (COLOR BY NUMBER)

Aktiviti Terkini | 19 Disember 2022

Mengadakan kegiatan yang menarik untuk penduduk kampung Chabau..........baca selanjutnya

ICT GAMES (SHAPE CONSTRUCTION SKILLS)

Aktiviti Terkini | 10 November 2022

Mengadakan kegiatan yang menarik untuk murid Tabika KEMAS.........baca selanjutnya

MINGGU BAHASA DI SK CHABAU

Aktiviti Terkini | 17-21 Oktober 2022

Mengadakan kegiatan yang menarik untuk pelajar SK Chabau.........baca selanjutnya

TAYANGAN FILEM MAT KILAU DAN QUIZ KAHOOT HARI MALAYSIA

Aktiviti Terkini | 18 September 2022

Menayangkan filem Mat Kilau untuk tontonan penduduk setempat........baca selanjutnya

EXPLORACE ASPIRASI MERDEKA 2022

Aktiviti Terkini | 14 Ogos 2022

Memupuk semangat cinta pada negara seawal usia........baca selanjutnya

KELAS BIMBINGAN ICT –MICROSOFT POWER POINT (INFOGRAFIK)

Aktiviti Terkini | 21 Julai 2022

Memberi pengetahuan mengenai Microsoft Power Point.........baca selanjutnya

TAKLIMAT KLIK DENGAN BIJAK – KESELAMATAN SIBER

Aktiviti Terkini | 15 Jun 2022

Memberi pengetahuan mengenai keselamatan siber.........baca selanjutnya

PROGRAM HARI RAYA : WARNA-WARNI AIDILFITRI

Aktiviti Terkini | 27 Mei 2022

Mewujudkan tradisi sesi bermaafan dan sesi memberi duit raya di pagi 1 Syawal.........baca selanjutnya

FB LIVE : PERSIAPAN AIDILFITRI KITA

Aktiviti Terkini | 22 April 2022

Berkongsi cerita tentang persediaan masing-masing untuk perayaan Aidilfitri........baca selanjutnya

PERTANDINGAN KUIZ KAHOOT AMBANG RAMADHAN

Aktiviti Terkini | 26 Mac 2022

Memberi peringatan kepada peserta tentang bulan Ramadhan.......baca selanjutnya

FB LIVE: KEMURUNGAN DAN TEKANAN

Aktiviti Terkini | 18 Februari 2022

Memberi penerangan tentang perbezaan antara kemurungan dan tekanan......baca selanjutnya

FB LIVE: FORUM BICARA ILMIAH : KANAK-KANAK DAN GAJET

Aktiviti Terkini | 8 Januari 2022

Memberi penerangan tentang bagaimana gajet memberi kesan buruk kepada kanak-kanak......baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti