Mengenai PI
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif PI
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Kisah bermulanya sejarah nama Kampung Chabau adalah dari cerita melalui warga-warga tua iaitu sebelum Perang Dunia ke-Dua, penduduk di kawasan ini terdiri daripada bangsa Melayu yang berhijrah dari tanah seberang, lalu membuka hutan untuk dijadikan kawasan penempatan yang menjalankan kegiatan pertanianjuga penternakan kerbau dan kambing. Kawasan kampung yang luas berjiran dengan Kampung Bekoh, Belading, Johor Darul Takzim di sebelah timur, Kampung Asahan di sebelah utara dan Kampung Chohong di sebelah selatan.
Pertanian dan penternakan adalah sumber ekonomi kawasan setempat di mana penduduk menanam padi tahun yang mana pokok padi tersebut tumbuh dengan ketinggian melebihi ketinggian manusia. Pertanian menggunakan tenaga dari tulang empat kerat bagi menampung kehidupan harian dan sistem barter iaitu sistem tukar barang menjadi amalan masyarakat kampung di sini.
Petani bertani mengikut musim, setahun sekali. Apabila habis musim bertani, maka mereka akan turun ke sungai untuk mencari ikan. Di samping itu, mereka juga berminat dengan pertandingan Laga Kerbau. Pertandingan ini akan diadakan setiap kali habis musim menuai dan dihadiri oleh masyarakat kampung dan juga kampung sekeliling dengan menjadikan hasil tuaian dan ternakan sebagai hadiah pertandingan. Pertandingan berkenaan kelazimannya akan berlarutan sehingga menjelang waktu Maghrib dan di waktu inilah menjadi kebiasaan bagi burung-burung “Tattibau” akan berterbangan dan mengeluarkan bunyi “tattibau… tattibau…” sehingga hampir malam.
Di setiap kampung mempunyai penghulu dan menjadi tanggungjawab beliau memastikan anak-anak buah beliau menghentikan sebarang aktiviti menjelang waktu Maghrib. Melihatkan kehadiran penghulu, kumpulan laga kerbau akan bertempiaran lari sambil berteriak “Cabut” sambil meninggalkan kerbau lagaan mereka.
Lama-kelamaan, kawasan yang masih belum mempunyai nama ini kekal dengan aktiviti sedemikian. Penghulu di kampung ini bercadang untuk memberikan nama bagi kampung ini. Satu mesyuarat bersama anak-anak buah beliau telah diadakan dan mesyuarat berkenaan bersetuju untuk menamakan kampung ini. Di akhir mesyuarat berkenaan, mesyuarat telah mencapai katasepakat untuk menamakan kampung ini dengan nama “Chabau” bersempena dengan aktiviti kampung iaitu laga kerbau, cabut lari dan bunyi burung “Tattibau”. Dan sejak dari itu maka kekallah nama kampung ini bernama ”Kampung Chabau”.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024Majlis Berkhatan Beramai-ramai
08 Disember 2016 | Aktiviti TerkiniMajlis Berkhatan beramai-ramai diadakan boleh mengurangkan ketakutan pada peserta-peserta untuk berkhatan. Selain itu, majlis ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara penduduk kampung...teruskan membaca
Majlis Perasmian dan Hari Terbuka Pusat Internet 1Malaysia Kg Chabau
12 November 2016 | Aktiviti TerkiniPusat Internet 1 Malaysia (PI1M) Kg Chabau dirasmikan oleh YB Datuk Wira Hj Ghazale B Muhammad yang merupakan ADUN Rim. Semasa hari perasmian ini berlangsung pelbagai aktiviti dijalankan untuk menarik minat dan mengajak penduduk setempat datang ke PI1M....teruskan membaca
Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak 2016
Berita TerkiniUntuk makluman, MCMC melalui Bahagian Advokasi dan Jangkauan dengan kerjasama JAKIM telah menganjurkan ‘Program Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak’ bertujuan mewujudkan penglibatan aktif dari masyarakat dalam menyelami mesej-mesej utama advokasi khususnya penggunaan internet secara positif dari sudut pandangan Islam...baca selanjutnya
PERTANDINGAN VIDEO KREATIF KESIHATAN REMAJA 2016
Berita TerkiniUntuk makluman, MCMC melalui Bahagian Advokasi dan Jangkauan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menganjurkan ‘Pertandingan Video Kreatif Kesihatan Remaja 2016’...baca selanjutnya
Bengkel Aplikasi dan Lego(Robotik) 2016 Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) Serkam, Merlimau, Jasin
Aktiviti Terkini | 08 Oktober 2016Bengkel Aplikasi dan Robotik ini merupakan salah satu program yang dianjurkan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Target peserta untuk program ini adalah dikalangan pelajar sekolah menengah. Tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan bagaimana sebuah aplikasi itu di buat dan diselanggarakan. Begitu juga dengan penghasilan mesin-mesin robotik...baca selanjutnya
Hari Sukan Negara
Aktiviti Terkini | 10 Oktober 2016Program ini dijalankan adalah untuk menyemai sikap menjaga kesihatan dalam kalangan rakyat. Selain itu program ini juga diadakan untuk menyahut seruan kerajaan untuk bersukan demi menjaga kesihatan diri dan keluarga....baca selanjutnya
September Fun Challenge
Aktiviti Terkini | 24 September 2016Aktiviti ini dijalankan adalah untuk memberi cabaran kepada ahli-ahli PI1M dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Aktiviti ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli-ahli PI1M dan pihak pengurusan...baca selanjutnya
Bengkel “My Komuniti Kreatif”
Aktiviti Terkini | 20 Ogos 2016My komuniti kreatif adalah sebuah platform dalam menggalakan komuniti secara individu ataupun berkumpulan dalam menghasilkan kandungan khusus untuk masyarakat setempat dalam bentuk video tutorial, panduan, tips kaedah, cara penggunaan, petua, resepi atau lain-lain kandungan yang sesuai dimuatnaik di laman atas talian seperti YouTube,My1Content, vimeo atau Instagram...baca selanjutnya
Sambutan Gempak Merdeka
Sepanjang Ogos 2016 | Aktiviti TerkiniAktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada ahli-ahli PI1M...baca selanjutnya
Program membuat bubur lambuk dan mangacau dodol
Aktiviti Terkini | 02 Julai 2016Program ini dapat mengeratan hubungan silaturrahim antara penduduk sekitar PI1M dan dapat membantu mereka dalam menjalankan aktiviti...baca selanjutnya
Sambutan Hari Ibu & Guru
16 Mei 2016 | Aktiviti TerkiniAktiviti dijalankan pada jam 9 pagi sehingga jam 12.30 tengahari diikuti dengan penyampaian hadiah dan simbolik sempena hari ibu dan guru...baca selanjutnya
Bengkel Pengukuhan dan Pemantapan Aktiviti Advokasi Bersama Pusat Internet Wilayah Selatan
Aktiviti Terkini | 18 - 19 Mei 2016Program Bengkel Pengukuhan dan Pemantapan Aktiviti Advokasi Bersama Pusat Internet Wilayah Selatan bagi Tahun 2016 telah diadakan pada 18-19 Mei 2016 di Lotus Beach Resort, Kota Tinggi, Johor...baca selanjutnya
Karnival Kerjaya & Keusahawanan
03 April 2016 | Aktiviti TerkiniProgram ini dikendalikan oleh pihak Pemuda UMNO Merlimau Melaka. Ini adalah salah satu program kerjasama di antara semua Pusat Internet 1 Malaysia kawasan Melaka di bawah kelolaan CCM & DiGi. Program seperti ini dapat memberi peluang kepada PI1M untuk mempromosikan lagi perkihdmatan yang sedia ada...baca selanjutnya
Sukaneka Komuniti
26 Mac 2016| Aktiviti TerkiniTujuan program ini dilaksanakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan masyarakat setempat bersama-sama ahli keluarga dan anak-anak amnya. Ianya sudah pasti akan menjadi harapan kepada Jawatankuasa pelaksana selain ianya menjadi satu aktiviti riadah bersama-sama keluarga dan diisi dengan aktiviti sukaneka. Antara sukan-sukan yang diadakan ialah bowling tin, busana kreatif, who `s the snow white, musical chair dan seterusnya penyampaian hadiah berupa hamper bagi pemenang-pemenang...baca selanjutnya
Aktiviti Laman "Go Green"
20 Februari 2016| Aktiviti TerkiniProgram ini dirancang dan dilaksanakan bertujuan untuk menceriakan kawasan persekitaran Pusat Internet 1Malaysia Kg Chabau. Keceriaan yang dihasilkan ini adalah untuk keselesaan semua pihak. Pusat Internet yang ceria akan memastikan pengunjung-pengunjungnya yang berada di Pusat Internet dalam keadaan yang menyeronokkan dan bersemangat...baca selanjutnya
Pertandingan Mencipta Video MYkomunitikreatif
Berita TerkiniPertandingan Mencipta Video MYkomunitikreatif (#MYkif) merupakan sebuah platform untuk meggalakkan komuniti menghasilkan video dalam tutorial, panduan, tips, kaedah, cara penggunaan, petua, resipi atau lain-lain kandungan yang berkaitan . Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua penduduk di komuniti Pusat Internet 1Malaysia (PI1M). Jangka masa (durasi) video penyertaan adalah tidak lebih daripada 5 minit.
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Aktiviti Membuat Bunga Dari Sudu Plastik
28 Januari 2016| Aktiviti TerkiniAktiviti membuat bunga menggunakan sudu plastik adalah satu aktiviti bagi mengisi masa lapang peserta dan juga mencungkil bakat peserta. Selain itu, aktiviti ini juga boleh dijadikan sebagai salah satu aktiviti untuk menambah pendapatan peserta...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya