Mengenai PI
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif PI
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Kisah bermulanya sejarah nama Kampung Chabau adalah dari cerita melalui warga-warga tua iaitu sebelum Perang Dunia ke-Dua, penduduk di kawasan ini terdiri daripada bangsa Melayu yang berhijrah dari tanah seberang, lalu membuka hutan untuk dijadikan kawasan penempatan yang menjalankan kegiatan pertanianjuga penternakan kerbau dan kambing. Kawasan kampung yang luas berjiran dengan Kampung Bekoh, Belading, Johor Darul Takzim di sebelah timur, Kampung Asahan di sebelah utara dan Kampung Chohong di sebelah selatan.
Pertanian dan penternakan adalah sumber ekonomi kawasan setempat di mana penduduk menanam padi tahun yang mana pokok padi tersebut tumbuh dengan ketinggian melebihi ketinggian manusia. Pertanian menggunakan tenaga dari tulang empat kerat bagi menampung kehidupan harian dan sistem barter iaitu sistem tukar barang menjadi amalan masyarakat kampung di sini.
Petani bertani mengikut musim, setahun sekali. Apabila habis musim bertani, maka mereka akan turun ke sungai untuk mencari ikan. Di samping itu, mereka juga berminat dengan pertandingan Laga Kerbau. Pertandingan ini akan diadakan setiap kali habis musim menuai dan dihadiri oleh masyarakat kampung dan juga kampung sekeliling dengan menjadikan hasil tuaian dan ternakan sebagai hadiah pertandingan. Pertandingan berkenaan kelazimannya akan berlarutan sehingga menjelang waktu Maghrib dan di waktu inilah menjadi kebiasaan bagi burung-burung “Tattibau” akan berterbangan dan mengeluarkan bunyi “tattibau… tattibau…” sehingga hampir malam.
Di setiap kampung mempunyai penghulu dan menjadi tanggungjawab beliau memastikan anak-anak buah beliau menghentikan sebarang aktiviti menjelang waktu Maghrib. Melihatkan kehadiran penghulu, kumpulan laga kerbau akan bertempiaran lari sambil berteriak “Cabut” sambil meninggalkan kerbau lagaan mereka.
Lama-kelamaan, kawasan yang masih belum mempunyai nama ini kekal dengan aktiviti sedemikian. Penghulu di kampung ini bercadang untuk memberikan nama bagi kampung ini. Satu mesyuarat bersama anak-anak buah beliau telah diadakan dan mesyuarat berkenaan bersetuju untuk menamakan kampung ini. Di akhir mesyuarat berkenaan, mesyuarat telah mencapai katasepakat untuk menamakan kampung ini dengan nama “Chabau” bersempena dengan aktiviti kampung iaitu laga kerbau, cabut lari dan bunyi burung “Tattibau”. Dan sejak dari itu maka kekallah nama kampung ini bernama ”Kampung Chabau”.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024LIVE DI FACEBOOK PIK PUSAT INTERNET KAMPUNG CHABAU
Aktiviti Terkini | 5,11,19,26 Disember 2020Mengeratkan silaturahim antara peserta setempat dengan pekerja PIK...baca selanjutnya
KUIZ KAHOOT MAULIDUR RASUL
Aktiviti Terkini | 7 November 2020Mengeratkan silaturahim antara peserta setempat dengan pekerja Pusat Internet....baca selanjutnya
CERAMAH KESELAMATAN DAN DEMONSTRASI KEBAKARAN BERSAMA JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT JASIN
Aktiviti Terkini | 22 Oktober 2020Mengeratkan silaturahim antara peserta setempat dengan pekerja PI ...baca selanjutnya
LITERASI KOMPUTER DAN KLIK DENGAN BIJAK
Aktiviti Terkini | 19 September 2020Mengeratkan silaturahim antara peserta setempat dengan pekerja Pusat Internet....baca selanjutnya
SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN “MALAYSIA PRIHATIN”
Aktiviti Terkini | 22 - 30 Ogos 2020Mengeratkan silaturahim antara peserta setempat dengan pekerja PI ...baca selanjutnya
EDARAN VIDEO INTEGRITI
Aktiviti Terkini | 30 Julai 2020Sebagai sokongan kepada MEDAC iaitu sebuah Agensi Peneraju bagi Inisiatif 2.4.8 Pelan Antirasuah Nasional 2019-2023 ...baca selanjutnya
PEMBUKAAN SEMULA PUSAT INTERNET DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)
Aktiviti Terkini | 10 Jun 2020 – 31 Ogos 2020Jumlah maksima pengguna yang dibenarkan berada di PI untuk satu-satu masa adalah tidak melebihi sepuluh (10) orang sahaja....baca selanjutnya
PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 4
Aktiviti Terkini | 29 April - 12 Mei 2020Berikutan pandemik Covid-19 dan keputusan kerajaan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP-4) sehingga 12 Mei 2020....baca selanjutnya
PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 2 & FASA 3
Aktiviti Terkini | 1-28 April 2020Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 28 April 2020.....baca selanjutnya
PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 1
Aktiviti Terkini | 18-31 Mac 2020Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18 hingga 31 Mac 2020....baca selanjutnya
KARNIVAL KERJAYA 2020 – BERSAMA JOBMALAYSIA TVET MARA DAN PAMERAN PUSAT INTERNET
Aktiviti Terkini | 22 Februari 2020Program ini dijalankan bagi memberi peluang kepada semua untuk membina kerjaya dan mengisi pelbagai kekosongan jawatan kosong dalam bidang teknikal dan bukan teknikal....baca selanjutnya
PROGRAM LATIHAN ICT (MICROSOFT WORD)
Aktiviti Terkini | 3 Februari 2020Program ini dijalankan bagi meningkatkan pengetahuan pelajar Tingkatan 6 tentang penggunaan Microsoft Office dengan cekap dan berkesan....baca selanjutnya
MAJLIS BACAAN YASSIN SEMPENA TAHUN BARU 2020
Aktiviti Terkini |20 Januari 2020Mengeratkan silaturahim antara peserta setempat dengan pekerja PI1M ...baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya