PROGRAM HARI RAYA : WARNA-WARNI AIDILFITRI

Aktiviti terkini | 27 Mei 2022

Tempat Aktiviti:
Perpustakaan Desa Kg Chabau


Ringkasan Aktiviti :
Program ini diadakan bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri dan telah melibatkan pelajar dari Tabika Kemas Chabau, ibubapa dan ahli PKK Kg Chabau.


Tujuan :
• Mewujudkan tradisi sesi bermaafan dan sesi memberi duit raya di pagi 1 Syawal.
• Memberi peluang kepada pelajar untuk menunjukkan bakat di hadapan orang ramai.
• Memperkenalkan makanan tradisi yang dijadikan hidangan semasa hari raya.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Program diadakan di Perpustakaan Desa Kampung Chabau.
• Antara aktiviti program yang diadakan adalah Pertandingan Bercerita Suasana Hari Raya, Pertandingan Busana Hari Raya dan Pertandingan Meneka Juadah Hari Raya.
• Program ini melibatkan pelajar dari Tabika Kemas Chabau, ibubapa dan ahli PKK Kg Chabau.


Kelebihan Aktiviti :
• Dapat meningkatkan keyakinan diri dalam diri kanak-kanak Ketika berada di khalayak ramai.
• Dapat memperingatkan kepada kanak-kanak supaya tidak melupakan tradisi sambutan hari raya.
• Dapat mewujudkan perpaduan dikalangan penduduk kampung.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :

.