MINGGU BAHASA DI SK CHABAU

Aktiviti terkini | 17-21 Oktober 2022

Tempat Aktiviti:
SK Chabau


Ringkasan Aktiviti :
Staff PEDi bersama pihak Perpustakaan Desa Chabau telah mengadakan program minggu Bahasa di SK Chabau yang berangkumi tiga bahasa iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris and Bahasa Arab.


Tujuan :
• Mengadakan kegiatan yang menarik untuk pelajar SK Chabau.
• Mengajar kanak-kanak tentang bahasa dengan aktiviti yang menyeronokkan.
• Menambah baik persepsi pelajar tentang pembelajaran.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Program minggu bahasa telah diadakan pada Isnin, 17 Oktober 2022 jam 9 pagi di SK Chabau dan berakhir pada 21 Oktober 2022.
• Program ini antara kolaborasi bersama pihak SK Kg Chabau beserta Perpustakaan Desa Kg Chabau.
• Aktiviti ini telah dijalankan bersama pelajar SK Chabau yang terdiri daripada kanak-kanak berumur enam tahun sehingga 12 tahun.
• Setelah semua aktiviti habis, upacara penyampaian hadiah dilaksanakan pada hari terakhir.

Kelebihan Aktiviti :
• Menanamkan sifat cinta akan bahasa.
• Menghargai keindahan bahasa ibunda serta bahasa lain.
• Menambah ilmu pengetahuan pelajar tentang tiga bahasa yang terlibat iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris and Bahasa Arab.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :

.