EXPLORACE ASPIRASI MERDEKA 2022

Aktiviti terkini | 14 Ogos 2022

Tempat Aktiviti:
Balairaya Kg. Chabau


Ringkasan Aktiviti :
Petugas PEDi bersama JPKK, KRT dan Perpustakaan Desa Chabau telah mengadakan aktiviti explorace yang melibatkan komuniti Kg. Chabau pelbagai peringkat umur.


Tujuan :
• Memupuk semangat cinta pada negara seawal usia • Menerapkan nilai-nilai positif dalam setiap diri peserta melalui tugasan yang diberi
• Memperkenalkan komuniti kepada kemudahan yang terdapat di sekitar Kg. Chabau
• Memupuk kerjasama dalam setiap ahli kumpulan

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Tugasan yang diberikan berkaitan negara Malaysia dan kemudahan yang terdapat dalam sekitar Kg. Chabau
• Di akhir program peserta perlu melengkapkan puzzle yang mempunyai gambar logo Hari Kemerdekaan 2022 dan perlu memberi penjelasan maksud dan rasional logo kepada urusetia
• Pemenang dipilih berdasarkan tugasan yang dilaksanakan dan barang amanah yang diperolehi

Kelebihan Aktiviti :
• Dapat menerapkan nilai kerjasama dan bersatu padu antara peserta
• Mewujudkan rasa kasih dan cinta kepada negara
• Peserta mula tahu akan kemudahan yang terdapat di Kg. Chabau


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :

.