Mengenai PEDi

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PEDi yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PEDi menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PEDi, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PEDi



Sejarah

Kisah bermulanya sejarah nama Kampung Chabau adalah dari cerita melalui warga-warga tua iaitu sebelum Perang Dunia ke-Dua, penduduk di kawasan ini terdiri daripada bangsa Melayu yang berhijrah dari tanah seberang, lalu membuka hutan untuk dijadikan kawasan penempatan yang menjalankan kegiatan pertanianjuga penternakan kerbau dan kambing. Kawasan kampung yang luas berjiran dengan Kampung Bekoh, Belading, Johor Darul Takzim di sebelah timur, Kampung Asahan di sebelah utara dan Kampung Chohong di sebelah selatan.

Pertanian dan penternakan adalah sumber ekonomi kawasan setempat di mana penduduk menanam padi tahun yang mana pokok padi tersebut tumbuh dengan ketinggian melebihi ketinggian manusia. Pertanian menggunakan tenaga dari tulang empat kerat bagi menampung kehidupan harian dan sistem barter iaitu sistem tukar barang menjadi amalan masyarakat kampung di sini.

Petani bertani mengikut musim, setahun sekali. Apabila habis musim bertani, maka mereka akan turun ke sungai untuk mencari ikan. Di samping itu, mereka juga berminat dengan pertandingan Laga Kerbau. Pertandingan ini akan diadakan setiap kali habis musim menuai dan dihadiri oleh masyarakat kampung dan juga kampung sekeliling dengan menjadikan hasil tuaian dan ternakan sebagai hadiah pertandingan. Pertandingan berkenaan kelazimannya akan berlarutan sehingga menjelang waktu Maghrib dan di waktu inilah menjadi kebiasaan bagi burung-burung “Tattibau” akan berterbangan dan mengeluarkan bunyi “tattibau… tattibau…” sehingga hampir malam.

Di setiap kampung mempunyai penghulu dan menjadi tanggungjawab beliau memastikan anak-anak buah beliau menghentikan sebarang aktiviti menjelang waktu Maghrib. Melihatkan kehadiran penghulu, kumpulan laga kerbau akan bertempiaran lari sambil berteriak “Cabut” sambil meninggalkan kerbau lagaan mereka.

Lama-kelamaan, kawasan yang masih belum mempunyai nama ini kekal dengan aktiviti sedemikian. Penghulu di kampung ini bercadang untuk memberikan nama bagi kampung ini. Satu mesyuarat bersama anak-anak buah beliau telah diadakan dan mesyuarat berkenaan bersetuju untuk menamakan kampung ini. Di akhir mesyuarat berkenaan, mesyuarat telah mencapai katasepakat untuk menamakan kampung ini dengan nama “Chabau” bersempena dengan aktiviti kampung iaitu laga kerbau, cabut lari dan bunyi burung “Tattibau”. Dan sejak dari itu maka kekallah nama kampung ini bernama ”Kampung Chabau”.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


PROGRAM BERKHATAN BERAMAI-RAMAI

Aktiviti Terkini | 17 Disember 2023

Staff PEDi bersama pihak JPKK dan Perpustakaan Desa Chabau telah mengadakan Program Berkhatan Beramai-Ramai di Perpustakaan Desa Kampung Chabau yang melibatkan kanak-kanak komuniti setempat...baca selanjutnya

PROGRAM SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Aktiviti Terkini | 6 November 2023

Staff PEDi bersama pihak Perpustakaan Desa Chabau telah mengadakan Program Solidariti Bersama Palestin di PEDi Kg Chabau yang melibatkan kanak-kanak berumur 4 tahun hingga 6 tahun....baca selanjutnya

PROGRAM MINGGU BAHASA SK CHABAU

Aktiviti Terkini | 26 Oktober 2023

Staff PEDi bersama pihak Perpustakaan Desa Chabau telah mengadakan Program Minggu Bahasa SK Chabau di SK Chabau yang melibatkan golongan pelajar berumur 6 tahun hingga 12 tahun....baca selanjutnya

PROGRAM PENGURUSAN JENAZAH BERSAMA MASJID AL HIDAYAH KG CHABAU

Aktiviti Terkini | 22 September 2023

Staff PEDi bersama pihak Masjid Al Hidayah Kg Chabau telah mengadakan Program Pengurusan Jenazah di Masjid Al Hidayah Kg Chabau yang melibatkan golongan remaja berumur 13 tahun ke atas....baca selanjutnya

SAMBUTAN BULAN MERDEKA BERSAMA PERPUSTAKAAN DESA DAN SK CHABAU.

Aktiviti Terkini | 17 Ogos 2023

Mengadakan kegiatan yang menarik untuk pelajar SK Chabau..................baca selanjutnya

AKTIVITI BERSUKAN BERSAMA PELAJAR TABIKA KEMAS PINTAR STREAM

Aktiviti Terkini | 13 Julai 2023

Mengadakan kegiatan yang menarik untuk pelajar KEMAS.................baca selanjutnya

HARI TERBUKA BERSAMA KELAS PENDIDIKAN KESEJAHTERAAN KELUARGA (PKK) KG CHABAU

Aktiviti Terkini | 18 Jun 2023

Mengadakan kegiatan yang menarik untuk penduduk kampung Chabau................baca selanjutnya

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI

Aktiviti Terkini | 12 Mei 2023

Membuat sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama Perpustakaan Desa Chabau, Tabika Kemas Pintar Stream Kg Chabau Jasin Melaka dan PKK Chabau...............baca selanjutnya

MEWARNA DOODLE RAMADHAN DAN KRAF SAMPUL RAYA

Aktiviti Terkini | 14 April 2023

Mengadakan aktiviti mewarna doodle ramadhan dan kraf sampul raya bersama pelajar KEMAS..............baca selanjutnya

GOTONG-ROYONG KAWASAN SURAU KG CHABAU

Aktiviti Terkini | 18 Mac 2023

Mengadakan aktiviti gotong-royong bersama komuniti setempat.............baca selanjutnya

SUKANEKA KOMUNITI PEDI SEMPENA HARI APRESIASI TKPS CHABAU

Aktiviti Terkini | 25 Februari 2023

Mengadakan aktiviti sukaneka bersama komuniti PEDi dengan kolaborasi Perpustakaan Desa Chabau dan Tabika KEMAS............baca selanjutnya

MEMBUAT KUIH DANGAI KUKUS ANJURAN BERSAMA KEMAS.

Aktiviti Terkini | 16 Januari 2023

Mengadakan kelas membuat kuih dangai kukus bersama penduduk setempat dengan kolaborasi KEMAS...........baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti