TAKLIMAT KLIK DENGAN BIJAK – KESELAMATAN SIBER

Aktiviti terkini | 15 Jun 2022

Tempat Aktiviti:
Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Bekoh


Ringkasan Aktiviti :
Staff PEDi bersama pihak PPD Jasin telah mengadakan sesi taklimat Klik Dengan Bijak kepada guru-guru SMK Simpang Bekoh.


Tujuan :
• Memberi pengetahuan mengenai keselamatan siber
• Isu semasa dibincangkan terutama mengenai bahaya siber seperti buli siber dan ‘sexting’ dalam kalangan pelajar
• Membantu guru-guru untuk mengatasi masalah dalam kalangan pelajar berkenaan dengan penyalahgunaan internet


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
Dua buah PEDi yang terlibat iaitu PEDi Kg. Chabau dan PEDi Masjid Baru.
• Kolaborasi bersama pihak PPD Jasin bahagian sumber media.
• Taklimat telah diberikan kepada seramai 35 orang guru SMK Simpang Bekoh.
• Di akhir program, telah diadakan sesi uji minda menggunakan permainan interaktif iaitu Kahoot.


Kelebihan Aktiviti :
• Dapat menerapkan nilai-nilai kesedaran tentang bahayanya penggunaan internet dalam kehidupan seharian
• Dapat memberi kesedaran mengenai kesan jika membuat perkongsian berkaitan peribadi secara dalam talian
• Guru-guru sebagai wakil ibu bapa di sekolah dapat bersama-sama membantu menangani masalah sosial dalam kalangan pelajar


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :

.