PERTANDINGAN KUIZ KAHOOT AMBANG RAMADHAN

Aktiviti terkini | 26 Mac 2022

Tempat Aktiviti:
FB Page Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Chabau

Ringkasan Aktiviti :
Program ini diadakan bersempena dengan bulan Ramadhan yang semakin menghampiri kita semua. Ianya telah dijalankan bersama 7 orang kanak-kanak. Mereka dikehendaki menjawab kuiz melalui aplikasi Kahoot. Kuiz yang diberikan adalah berkaitan dengan pengetahuan asas bulan Ramadhan.

Tujuan :
• Memberi peringatan kepada peserta tentang bulan Ramadhan.
• Memberi kesedaran kepada peserta untuk lebih memaknai bulan Ramadhan.
• Memberi kefahaman kepada peserta untuk lebih bersedia menghadapi bulan Ramadhan.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Program diadakan dengan menggunakan aplikasi Kahoot.
• Peserta akan diberi penerangan ringkas berkenaan cara menjawab kuiz menggunakan aplikasi tersebut bagi mengelakkan sebarang masalah teknikal semasa menjawab.
• Program ini melibatkan 7 orang kanak-kanak dari komuniti Kampung Chabau

Kelebihan Aktiviti :
• Dapat memberi peringatan kepada peserta untuk lebih bersedia dalam menghadapi bulan Ramadhan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :

.