INFORMASI TEMPATAN

Maklumat Komuniti

Info:
- Nama Kampung: Kampung Chabau
- Alamat Blog Kampung: Kampung Chabau
- Alamat Facebook Kampung: Kampung Chabau

DAERAHJASIN
DUNRIM
MUKIMCHABAU
PARLIMENJASIN
NEGERIMELAKA

Koordinat GPS:
5.1666700, 102.9330000

Info Penduduk:
1500 penduduk

Populasi Penduduk:
100% Melayu dan Beragama Islam

Purata Umur Penduduk:
1). Warga Emas – Sederhana
2). Dewasa / Belia – Tinggi
3). Kanak-kanak - Tinggi

Purata Pekerjaan:
1). Pesara
2). Bekerja Sendiri
3). Sektor Kerajaan
4). Sektor Swasta

Persatuan yang terdapat dalam Kampung Chabau:
1). BELIA: MAYC KAMPUNG CHABAU DIBAWAH JABATAN BELIA DAN SUKAN
2). WANITA: PENDIDIKAN KESEJAHTERAAN KELUARGA(PKK) DIBAWAH JABATAN KEMAS
3). MASYARAKAT KAMPUNG: KAWASAN RUKUN TETANGGA(KRT) DIBAWAH JABATAN PERPADUAN

Rekreasi & Pelancongan

Pusat Tumpuan Pelancong

ASAHAN WATER THEME PARK
ALAMAT: KOMPLEKS LAMAN TIGA BUDAYA
77100, ASAHAN JASIN, MELAKA
FACEBOOK NAME: ASAHAN WATER THEME PARK
INSTAGRAM: @asahanwaterthemepark
NO. TEL: 011-2618 3477

TAMAN EKSTREM TASIK CHINCHIN
ALAMAT: LOT 17573, KAMPUNG CHINCHIN
77000, JASIN, MELAKA
FACEBOOK NAME: TAMAN EKSTREM TASIK CHINCHIN
NO. TEL: 06-524 6080

MUZIUM PERTANIAN JASIN
ALAMAT: JALAN CHINCHIN
77000, JASIN, MELAKA
FACEBOOK NAME: MUZIUM PERTANIAN JASIN
NO. TEL: 06-5295837

AIR PANAS JASIN(JASIN HOT SPRINGS)
ALAMAT: KG AIR PANAS BEMBAN
77200, Jasin, MELAKA
FACEBOOK NAME: AIR PANAS JASIN
WEBSITE: Jasin Hotspring
NO. TEL: 06-5210369


Tempat Makan Yang Menarik

1. WARUNG KARI KAMBING & ASAM PEDAS CLAYPOT

2. KEDAI KARI KAMBING SIMPANG BEKOH

3. KEDAI MAKAN DIN CORNER, AIR BARUK JASIN

4. KEDAI NASI KUKUS, JASIN BESTARI

5. ASAM PEDAS TOK QABIL, BEMBAN

6. NASI AYAM GEMAS, TAMAN ASIA SELATAN BEMBAN

7. CUCUR UDANG HASHIM, KG SIMPANG BEKOH

8. APSARA CAFÉ JALAN RIM JASIN

9. KEDAI ROTI CANAI MAT ROCK, SEMPANG KERAYONG


Homestay

1. ANJUNG BONDA HOMESTAY SIMPANG BEKOH

2. HOTEL ALAMANDA JASIN

3. HOTEL SERI IMPIAN JASIN

4. HOTEL BESTARI


Kemudahan Awam

Lokasi-Lokasi

1. BALAIRAYA KG CHABAU

2. PERPUSTAKAAN DESA KG CHABAU

3. SURAT AL MUTTAQIN KG CHABAU

4. MASJID AL-HIDAYAH KG CHABAU

5. BALAI POLIS SEMPANG BEKOH

6. KLINIK KESIHATAN SIMPANG BEKOH

Pendidikan

Lokasi-Lokasi

1. SEKOLAH KEBANGSAAN CHABAU

2. SEKOLAH RENDAH AGAMA JAIM CHABAU

3. TADIKA KEMAS AL GHAZALE CHABAU

4. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SIMPANG BEKOH

5. PASTI CHABAU

6. INSTITUT KEMAHIRAN MARA JASIN

7. MAKTAB RENDAH SAINS MARA TUN GHAFAR BABA

Kisah Kejayaan

Muhd Shahir Iqmal
Celik IT

Umur:
10 tahun

Keahlian NADI:
5/5/2016

Kisah Kejayaan:
Latar belakang: Adik Muhd Shahir Iqmal merupakan anak sulung daripada 5 orang adik beradik. Semasa kecil beliau menghidapi penyakit buah pinggang dari umur 4 tahun hingga umur 10 tahun dan akibat dari penyakit tersebut beliau mengalami masalah tumbesaran badan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Sebelum penglibatan di NADI, beliau hanya tahu menghidupkan dan mematikan kuasa di CPU dan juga menaip dengan ajaran bapa saudara beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Selepas penglibatan di NADI, beliau lebih mengenali perkakasan hardware komputer, mahir menaip menggunakan perisian Microsoft Words, mengetahui fungsi perisian Microsoft Powerpoint untuk membuat pembentangan di mana amat berguna untuk beliau sebagai seorang pelajar sekolah menengah dan melalui pembentangan beliau di dalam kelas latihan ICT beliau mempelajari kemahiran softskill bercakap di hadapan orang ramai dan membina keyakinan diri. Selain itu juga, beliau mengetahui fungsi emel dan mempunyai akaun emel tersendiri. Dengan wujudnya NADI, pengetahuan beliau terhadap dunia ICT semakin meluas.

Maklumbalas Pendapat:
Pengurus/ Penolong Pengurus NADI banyak membantu saya dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam ICT. Hasil dari bantuan NADI, gaya hidup saya berubah kepada yang lebih bagus dan penuh dengan ilmu ICT di dada. Tidak lupa juga, peningkatan dari segi teknik lukisan yang telah saya pelajari dari internet. Saya ingin mengucapkan ribuan Terima Kasih kepada pihak Digi & SKMM kerana memilih Kampung Chabau sebagai salah satu cawangan NADI yang tercinta ini.

Apa yang dipelajari melalui NADI:
- Cara penggunaan komputer.
- Troubleshooting komputer.
- Word dan sebagainya.
- Cara melayari internet secara selamat.
- Online banking.

Berikut adalah gambar-gambar mengenai Muhd Shahir Iqmal:



Keusahawanan

Ached Enterprise
PENGENALAN SYARIKAT
Syarikat Ached Enterprise adalah sebuah syarikat Bumiputera yang menghasilkan perusahaan makanan seperti pizza, makanan sejuk beku dan juga biskut. Syarikat Ached Enterprise ini ditubuhkan pada 04 Disember 2014 dan beroperasi di KM42, Kg Chabau, 77100 Asahan Melaka.
Syarikat Ached Enterprise menjalankan perniagaan pembuatan pizza, makanan sejuk beku dan juga biskut. Namun begitu, focus utama adalah dalam perusahaan pizza dan makanan sejuk beku pizza. Jumlah keuntungan sebulan adalah dalam lingkungan RM500.00 hingga ke RM1,000.00. Syarikat Ached Enterprise menerima tempahan dari pelanggan melalui laman social Facebook, aplikasi Whatsapp dan juga dari organisasi-organisasi tertentu. Syarikat Ached Enterprise menjalankan perniagaan pembuatan pizza hanya dari rumah sahaja dan dalam perancangan untuk membuka sebuah bengkel pembuatan pizza dan sebuah kedai jualan makanan .


LATAR BELAKANG SYARIKAT
Nama Syarikat : Ached Enterprise
No. Pendaftaran Syarikat : MA0198218-V
Tarikh Ditubuhkan : 04 Disember 2014
Tarikh Mula Berniaga : 01 Julai 2014
Nama Pengurus : Rohaya Binti Mohd Ali
No. Telefon : 011-25610464
Alamat Perniagaan : KM42, Kampung Chabau 77100 Asahan Melaka
Bentuk Perniagaan : Milikan Tunggal


LATAR BELAKANG PEMILIK
Nama Penuh : Rohaya Binti Mohd Ali
No. Kad Pengenalan : 770531-01-6898
Alamat : KM42, Kampung Chabau, 77100 Asahan Melaka
No. Telefon : 011-25610464
Jawatan : Pemilik Ached Enterprise
Tahap Pendidikan : Diploma Pengurus Perniagaan
Pengalaman : 1 tahun 4 bulan dalam perusahaan Pizza


PRODUK YANG DIHASILKAN
Mini Pizza RM 1.80
Pizza Sosej RM 11.00
Pizza Cheese RM 11.00
Pizza Ketam RM 13.00
Pizza Ayam RM 13.00
Pizza Bebola Ikan RM 13.00
Pizza Sayuran RM 13.00
Pizza Udang RM 16.00


NAMA FACEBOOK USAHAWAN
https://www.facebook.com/rohaya.mohdali.3?fref=ts



Syarikat Azmi Agro
PENGENALAN SYARIKAT
Syarikat Azmi Agro menjalankan aktiviti pengeluaran hasil pertanian buah jagung dan anak jagung berasaskan pertanian secara berterusan mengikut keperluan dan permintaan tempatan.
Lokasi atau tapak projek bertempat di Kg Chabau, Kg Sempang Bekoh dan Kg Terentang. Seawal permulaan projek seluas 10ekar di Kg Chabau dan kini keseluruhan kawasan seluas 40 ekar di tiga lokasi
Projek ni dijangka dapat meningkatkan hasil pengeluaran 3 kali setahun sebanyak 3 kali ganda dengan system yang sedia ada sekarang. Matlamat projek ini adalah untuk menghasilkan kuantiti serta kualiti hasil tani yang banyak dan memenuhi permintaan yang tinggi serta selamat dimakan. Ini kerana projek tanaman jagung ini tidak menggunakan sebarang racun serangga. Air dari Serai Wangi digunakan untuk mengawal serangga perosak sekaligus memastikan sistem biologi kawasan projek di dalam keadaan baik.
Syarikat ini menggunakan Sistem Ladang Kontrak yang baik dan terjamin di Antara Syarikat Azmi Agro dan Syarikat Long Ei Plantation serta jadual tanaman yang tersusun bagi memastikan harga jagung berada pada paras yang baik dan tiada situasi lambakan buah.

TUJUAN PENUBUHAN SYARIKAT
1. Memajukan tanah terbiar untuk diusahakan secara terancang dan tersusun
2. Menghasilkan produk makanan yang berkualiti tinggi serta dapat memasarkan secara berkesan untuk memenuhi permintaan pasaran mahupun luar Negara.
3. Melahirkan lebih ramai usahawan dalam kalangan orang Melayu
4. Mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan
5. Mengamal sistem perladangan yang baik dan berkesan dengan teknologi terkini sekaligus menghasilkan buah jagung yang segar dan sedap dimakan


LATAR BELAKANG SYARIKAT
Nama Syarikat : Azmi Agro
Alamat Berdaftar : Batu 25, Kampung Chabau, 77100 Asahan Melaka
No. Telefon : 012-9251353
No. Pendaftaran Perniagaan : MA0184975-X
Tarikh Pendaftaran : 18 Julai 2013
Aktiviti Perniagaan : Menjalankan kerja pertanian
Taraf Milikan Syarikat : Milikan Tunggal
Tarikh Mula Perniagaan : 01 Jan 2013
Modal Permulaan : RM 50, 000.00
Bank Syarikat : Maybank Cawangan Tangkak

LATAR BELAKANG PEMILIK
Nama Pemilik : Noor Azmi Bin Idris
No. Kad Pengenalan : 790207-01-5541
No. Telefon : 012-9251353
Alamat Tetap : Batu 25, Kampung Chabau, 77100 Asahan Melaka
Tarikh Lahir : 07 Februari 1979
Bangsa : Melayu
Taraf Perkahwinan : Berkahwin
Kelulusan Akademik : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Institut Latihan Perindustrian
Diploma Elektrik (Kolej Midas)
Pengalaman : 5 Tahun pertanian pisang dan tebu
3 Tahun pertanian jagung manis
Pencapaian : Johan Anugerah Belia Negara, Peringkat Negeri Melaka
Johan pertandingan dan pameran hasil sempena Hari Peladang, Penternakan dan Nelayan (HPPN) Peringkat Negeri Melaka, 2015


SKOP PERNIAGAAN
Syarikat Azmi Agro menjalankan projek tanaman jagung untuk menghasilkan produk seperti:
1. Buah jagung segar
2. Anak jagung untuk dijadikan jagung sayur
3. Batang jagung untuk makanan haiwan seperti lembu dan kambing
4. Jagung lerai


RANCANGAN PENTADBIRAN SYARIKAT
1. Mengeluarkan hasil tanaman yang berkualiti dan mengamalkan sistem amalan ladang yang baik dan tersusun bagi mendapatkan pengeluaran hasil pada tahap yang maksimum
2. Penggunaan Teknologi Moden bagi menjalankan operasi di ladang seperti Sistem Pengairan Sprinkler, membajak, menggembur dan memetik buah jagung
3. Sebagai ikon kepada usahawan muda untuk menceburi bidang pertanian khususnya tanaman jagung
4. Dapat memenuhi permintaan dalam dan luar negeri sekaligus mengurangkan import makanan luar
5. Mengenal pasti tanah terbiar dan meluaskan lagi projek tanaman jagung
6. Rancangan masa datang adalah Projek Ternakan Feedlot memandangkan sumber makanan yang banyak iaitu batang jagung


NAMA FACEBOOK USAHAWAN
https://www.facebook.com/azmi.agro.9?fref=ts






Green One
PENGENALAN SYARIKAT
Green One ialah sebuah syarikat Bumiputera yang telah menghasilkan benang dan kertas dari serat daun nenas sejak beberapa tahun. Syarikat ini ditubuhkan pada 28 November 2012 dan beroperasi di Lot 634, KM42, Kg Chabau, 77100 Asahan Melaka. Sebelum ini, operasi penghasilan kertas dari serat daun nenas ini dijalankan di atas nama Shabat Craft. Pada tahun 2009, Syarikat Shabat Craft mendapat tawaran dari
Lembaga Perindustrian Nenas untuk menjadi usahawan bimbingan dalam menceburi pembuatan kertas dari serat daun nenas.
Syarikat ini telah menjalankan penyelidikan potensi serat daun nenas sejak tahun 2010 dan telah berusaha sama dengan beberapa institusi pengajian tinggi daun untuk menilai dan menguji ketahanan dan kekuatan benang yang dihasilkan dari serat daun nenas ini.
Shabat Craft juga berkecimpung dalam industri pembuatan kraf batik sejak 15 tahun yang lepas. Pelbagai produk batik yang telah dihasilkan sebagai contoh pakaian batik untuk pelajar asrama sekolah. Shbat Craft juga telah mengadakan pameran batik di seluruh Malaysia.
Pada masa ini, syarikat meneruskan usaha menghasilkan kertas dan hasil kertas bersama institusi-institusi pengajian tinggi dan juga syarikat-syarikat yang menghasilkan produk-produk dari bahan-bahan kitar semula.


MISI SYARIKAT
Syarikat Green One sentiasa berusaha dan mengembeling tenaga dalam pelbagai sumber dan beriltizam untuk mencapai misi dengan:
1. Menghasilkan benang berasaskan serat daun nenas dan serat tumbuhan lain sebagai bahan mentah
2. Menghasilkan kertas dari serat daun nenas dan serat tumbuhan lain
3. Menghasilkan barangan kraf dari kertas yang dihasilkan dari serat daun nenas dan serat tumbuhan lain
4. Mengkaji dan menghasilkan bahan pembinaan dari serat nenas dan serat tumbuhan lain
5. Membangun dan memasarkan hasil-hasil dan produk dari sisa penanaman nenas dan tumbuhan lain
6. Menghasilkan produk berasaskan batik


LATAR BELAKANG SYARIKAT
Nama Syarikat : Green One
No. Pendaftaran Syarikat : MA0163429-X
Tarikh Ditubuhkan : 28 November 2012
Nama Pengurus : Mohammad Shamsur Bin Salim
No. Telefon : 017-6107216
Alamat Perniagaan : Lot 634, KM42, Kg Chabau, 77100 Asahan Melaka
Emel : shabat_craft@yahoo.com
Bank Perniagaan : Bank Islam Berhad
No. Akaun Bank : 04033010004445


LATAR BELAKANG PEMILIK
Nama Penuh : Mohammad Shamsur Bin Salim
No. Kad Pengenalan : 730217-04-5029
Alamat : Lot 634, KM42, Kg Chabau, 77100 Asahan Melaka
No. Telefon : 017-6107216
Jawatan : Pemilik Green One
Tahap Pendidikan : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Pengalaman : 15 tahun membuat kraf batik
Pengusaha kertas dan hasil kertas dari serat daun nenas


AKTIVITI SYARIKAT
Aktiviti Syarikat Green One pada masa ini dijalankan oleh 3 orang pekerja tetap dan dibantu oleh 2 orang pekerja sambilan. Antara aktiviti utama Syarikat Green One termasuk:
1. PRODUK
Menghasilkan produk batik untuk dijadikan pakaian dan kraf yang diedarkan ke serata tempat di Malaysia.
Memproses daun nenas untuk mendapatkan serat dan seterusnya menghasilkan kertas dan barangan berasaskan serat daun nenas Mengkaji potensi serat daun nenas untuk pelbagai produk dan juga sebagai bahan asas dalam industry pembinaan dan pembuatan Menghasilkan benang dari serat daun nenas.
2. PROGRAM USAHASAMA
Syarikat Green One sentiasa bekerjasama dengan institusi-institusi pengajian tinggi dan juga syarikat-syarikat kitar semula dalam memberi latihan dan menganjurkan kursus penghasilan kertas dari serat daun nenas dengan tujuan melahirkan lebih ramai pekerja-pekerja mahir dalam bidang ini


NAMA FACEBOOK USAHAWAN
https://www.facebook.com/shabat.craft



Kertas dan Penanda buku yang dihasilkan daripada serat nenas



Penghasilan Paper Beg daripada serat nenas



Ukiran haiwan daripada serat nenas



Frame perhiasan daripada bahan kitar putung rokok




Bengkel Dan Contoh-contoh batik yang dihasilkan