Mengenai PI
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif PI
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Kisah bermulanya sejarah nama Kampung Chabau adalah dari cerita melalui warga-warga tua iaitu sebelum Perang Dunia ke-Dua, penduduk di kawasan ini terdiri daripada bangsa Melayu yang berhijrah dari tanah seberang, lalu membuka hutan untuk dijadikan kawasan penempatan yang menjalankan kegiatan pertanianjuga penternakan kerbau dan kambing. Kawasan kampung yang luas berjiran dengan Kampung Bekoh, Belading, Johor Darul Takzim di sebelah timur, Kampung Asahan di sebelah utara dan Kampung Chohong di sebelah selatan.
Pertanian dan penternakan adalah sumber ekonomi kawasan setempat di mana penduduk menanam padi tahun yang mana pokok padi tersebut tumbuh dengan ketinggian melebihi ketinggian manusia. Pertanian menggunakan tenaga dari tulang empat kerat bagi menampung kehidupan harian dan sistem barter iaitu sistem tukar barang menjadi amalan masyarakat kampung di sini.
Petani bertani mengikut musim, setahun sekali. Apabila habis musim bertani, maka mereka akan turun ke sungai untuk mencari ikan. Di samping itu, mereka juga berminat dengan pertandingan Laga Kerbau. Pertandingan ini akan diadakan setiap kali habis musim menuai dan dihadiri oleh masyarakat kampung dan juga kampung sekeliling dengan menjadikan hasil tuaian dan ternakan sebagai hadiah pertandingan. Pertandingan berkenaan kelazimannya akan berlarutan sehingga menjelang waktu Maghrib dan di waktu inilah menjadi kebiasaan bagi burung-burung “Tattibau” akan berterbangan dan mengeluarkan bunyi “tattibau… tattibau…” sehingga hampir malam.
Di setiap kampung mempunyai penghulu dan menjadi tanggungjawab beliau memastikan anak-anak buah beliau menghentikan sebarang aktiviti menjelang waktu Maghrib. Melihatkan kehadiran penghulu, kumpulan laga kerbau akan bertempiaran lari sambil berteriak “Cabut” sambil meninggalkan kerbau lagaan mereka.
Lama-kelamaan, kawasan yang masih belum mempunyai nama ini kekal dengan aktiviti sedemikian. Penghulu di kampung ini bercadang untuk memberikan nama bagi kampung ini. Satu mesyuarat bersama anak-anak buah beliau telah diadakan dan mesyuarat berkenaan bersetuju untuk menamakan kampung ini. Di akhir mesyuarat berkenaan, mesyuarat telah mencapai katasepakat untuk menamakan kampung ini dengan nama “Chabau” bersempena dengan aktiviti kampung iaitu laga kerbau, cabut lari dan bunyi burung “Tattibau”. Dan sejak dari itu maka kekallah nama kampung ini bernama ”Kampung Chabau”.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024Pertandingan Typing Online Dan Menaip Teks
Aktiviti Terkini | 22 Disember 2017Bertujuan adalah peserta dapat mengikuti aktiviti dimasa lapang, dapat mengeratkan silaturahim bersama komuniti setempat... baca selanjutnya
Pertandingan Word Search (E-Learning)
Aktiviti Terkini | 24 November 2017Dapat mengeratkan silaturahim antara peserta setempat dengan pekerja PI1M... baca selanjutnya
Hari Sukan Negara Peringkat Kampung Chabau
Aktiviti Terkini | 13 Oktober 2017Objektif penganjuran adalah mengeratkan silaturahim antara peserta, mempromosikan Pusat Internet 1Malaysia kepada komuniti Kampung serta menarik minat komuniti untuk mendaftar sebagai Ahli pusat Internet... baca selanjutnya
Explorace:Kembara Merdeka 2017
Aktiviti Terkini | 26 Ogos 2017Bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara peserta setempat dengan pekerja PI1M, memupuk semangat kerjasama dan patriotism dalam kalangan komuniti kampung... baca selanjutnya
Open Day PI1M Kampung Chabau, Melaka 2017
Aktiviti Terkini | 9 Julai 2017Bertujuan dan objektif penganjuran adalah mengeratkan silaturahim antara peserta, mempromosikan Pusat Internet 1Malaysia kepada komuniti Kampung, menarik minat komuniti untuk mendaftar sebagai ahli pusat Internet... baca selanjutnya
Pertandingan mereka cipta Kad Hari Raya Paling Kreatif
Aktiviti Terkini | 3 Jun 2017Aktiviti ini bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara peserta setempat dengan pekerja PI1M... baca selanjutnya
Majlis Sambutan Hari Guru
Aktiviti Terkini | 17 Mei 2017Bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara belia setempat dengan pekerja PI1M... baca selanjutnya
Typing Challenge(Rapid Typing)
Aktiviti Terkini | 25 April 2017Bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara belia setempat dengan pekerja PI1M... baca selanjutnya
Typing Challenge(Rapid Typing)
Aktiviti Terkini | 25 Mac 2017Bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara belia setempat dengan pekerja PI1M... baca selanjutnya
Pertandingan Futsal
Aktiviti Terkini | 25 Februari 2017Bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara belia setempat dengan pekerja PI1M... baca selanjutnya
Jom Ngail
Aktiviti Terkini | 27 Januari 2017Aktiviti ini bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara penduduk setempat dengan pekerja PI1M... baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya