Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Kisah bermulanya sejarah nama Kampung Chabau adalah dari cerita melalui warga-warga tua iaitu sebelum Perang Dunia ke-Dua, penduduk di kawasan ini terdiri daripada bangsa Melayu yang berhijrah dari tanah seberang, lalu membuka hutan untuk dijadikan kawasan penempatan yang menjalankan kegiatan pertanianjuga penternakan kerbau dan kambing. Kawasan kampung yang luas berjiran dengan Kampung Bekoh, Belading, Johor Darul Takzim di sebelah timur, Kampung Asahan di sebelah utara dan Kampung Chohong di sebelah selatan.

Pertanian dan penternakan adalah sumber ekonomi kawasan setempat di mana penduduk menanam padi tahun yang mana pokok padi tersebut tumbuh dengan ketinggian melebihi ketinggian manusia. Pertanian menggunakan tenaga dari tulang empat kerat bagi menampung kehidupan harian dan sistem barter iaitu sistem tukar barang menjadi amalan masyarakat kampung di sini.

Petani bertani mengikut musim, setahun sekali. Apabila habis musim bertani, maka mereka akan turun ke sungai untuk mencari ikan. Di samping itu, mereka juga berminat dengan pertandingan Laga Kerbau. Pertandingan ini akan diadakan setiap kali habis musim menuai dan dihadiri oleh masyarakat kampung dan juga kampung sekeliling dengan menjadikan hasil tuaian dan ternakan sebagai hadiah pertandingan. Pertandingan berkenaan kelazimannya akan berlarutan sehingga menjelang waktu Maghrib dan di waktu inilah menjadi kebiasaan bagi burung-burung “Tattibau” akan berterbangan dan mengeluarkan bunyi “tattibau… tattibau…” sehingga hampir malam.

Di setiap kampung mempunyai penghulu dan menjadi tanggungjawab beliau memastikan anak-anak buah beliau menghentikan sebarang aktiviti menjelang waktu Maghrib. Melihatkan kehadiran penghulu, kumpulan laga kerbau akan bertempiaran lari sambil berteriak “Cabut” sambil meninggalkan kerbau lagaan mereka.

Lama-kelamaan, kawasan yang masih belum mempunyai nama ini kekal dengan aktiviti sedemikian. Penghulu di kampung ini bercadang untuk memberikan nama bagi kampung ini. Satu mesyuarat bersama anak-anak buah beliau telah diadakan dan mesyuarat berkenaan bersetuju untuk menamakan kampung ini. Di akhir mesyuarat berkenaan, mesyuarat telah mencapai katasepakat untuk menamakan kampung ini dengan nama “Chabau” bersempena dengan aktiviti kampung iaitu laga kerbau, cabut lari dan bunyi burung “Tattibau”. Dan sejak dari itu maka kekallah nama kampung ini bernama ”Kampung Chabau”.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


HARI TERBUKA PUSAT INTERNET KAMPUNG CHABAU

Aktiviti Terkini |21 Disember 2019

Adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif dalam kalangan masyarakat...baca selanjutnya

ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK (KDB)

Aktiviti Terkini |14 November 2019

Melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet)...baca selanjutnya

ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK (KDB)

Aktiviti Terkini |2 November 2019

Melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet)...baca selanjutnya

KAMPUNG FUN WALK

Aktiviti Terkini |19 Oktober 2019

Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk meraikan Hari Sukan Negara yang diadakan pada tiap-tiap tahun pada bulan oktober....baca selanjutnya

PAMERAN & AKTIVITI PROGRAM SANTUNI RAKYAT BERSAMA TPM

Aktiviti Terkini |19 Oktober 2019

Memperkenalkan SKMM dan Pusat Internet kepada umum, selain membuat hebahan mengenai myfreeview....baca selanjutnya

SAMBUTAN HARI MALAYSIA & HARI PAHLAWAN

Aktiviti Terkini | 27 September 2019

Program Sambutan Hari Malaysia & Hari Pahlawan merupakan satu aktiviti menjalin silaturrahim antara anggota ahli P1 Kampung Chabau bersama masyarakat sekeliling...baca selanjutnya

GEGAR MERDEKA 2019

Aktiviti Terkini | 30 Ogos 2019

Program Gegar Merdeka 2019,merupakan salah satu program yang memberi manfaat kepada penduduk kampung. Ia melibatkan pelbagai aktiviti yang semestinya menarik minat masyarakat serta memupuk semangat cintakan Negara...baca selanjutnya

GEGAR MERDEKA 2019

Aktiviti Terkini | 25 Ogos 2019

Program Gegar Merdeka 2019,merupakan salah satu program yang memberi manfaat kepada penduduk kampung. Ia melibatkan pelbagai aktiviti yang semestinya menarik minat masyarakat serta memupuk semangat cintakan Negara...baca selanjutnya

Aktiviti Terkini | 29 Julai 2019

Program ini dijalankan bagi memberi pengetahuan kepada pengunjung dalam menggunakan internet secara berhemah dan betul. Disamping memberi pendedahan tentang fungsi pusat internet...baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SMK SELANDAR

Aktiviti Terkini | 18 Jun 2019

Program ini dijalankan bagi memberi pengetahuan kepada peserta dalam menggunakan internet secara berhemah dan betul....baca selanjutnya

Program Klik Dengan Bijak Dan Advokasi

Aktiviti Terkini | 2 Mei 2019

Memberikan taklimat kepada para pelajar mengenai langkah-langkah pencegahan dan juga kelebihan ketika berinteraksi di alam maya... baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak

Aktiviti Terkini | 5 April 2019

Program ini dijalankan bagi memberi pengetahuan kepada peserta dalam menggunakan internet secara berhemah dan betul... baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak 2: SK Nyalas(KDB)

Aktiviti Terkini | 7 & 19 Mac 2019

Menyampaikan maklumat bersifat pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawalselia kendiri serta mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet dengan bijak... baca selanjutnya

Interactive Games

Aktiviti Terkini | 8 Februari 2019

Program ini dapat mengeratkan silaturahim antara komuniti dan semangat kerjasama dalam jiwa... baca selanjutnya

Seronok Ke Sekolah

Aktiviti Terkini | 11 Januari 2019

Program ini dapat mengeratkan silaturahim antara komuniti masyarakat chabau dan memupuk semangat kerjasama dalam jiwa... baca selanjutnya