AKTIVITI BERSUKAN BERSAMA PELAJAR TABIKA KEMAS PINTAR STREAM

Aktiviti terkini | 13 Julai 2023

Tempat Aktiviti:
Tabika KEMAS Pintar Stream Kg Chabau


Ringkasan Aktiviti :
Staff PEDi bersama pihak Tabika KEMAS Pintar Stream Kg Chabau telah mengadakan aktiviti bersukan di Tabika yang melibatkan pelajar KEMAS.

Tujuan :
• Mengadakan kegiatan yang menarik untuk pelajar KEMAS.
• Mempromosikan gaya hidup sihat dengan bersukan.
• Mengajak pelajar meluangkan masa dengan aktiviti yang menyihatkan dan juga menyeronokkan.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Aktiviti Bersukan Bersama Pelajar Tabika KEMAS telah diadakan pada Khamis, 13 Julai 2023 di Tabika KEMAS Pintar Stream Kg Chabau.
• Aktiviti yang telah dijalankan bersama pelajar tabika KEMAS antaranya adalah mengajar kanak-kanak menggelecek bola, membaling dan menangkap bola.


Kelebihan Aktiviti :
• Memberi pendedahan tentang cara bersukan yang betul.
• Mengajar kanak-kanak menggelecek bola, membaling dan menangkap bola.
• Mengisi masa pelajar meluangkan masa dengan aktiviti yang menyeronokkan.
• Menerapkan gaya hidup sihat dalam kehidupan.
• Memotivasikan pelajar KEMAS untuk menggunakan daya fisikal masing-masing untuk bersukan.
• Mengeratkan hubungan antara pelajar.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :

.