MEWARNA DOODLE RAMADHAN DAN KRAF SAMPUL RAYA

Aktiviti terkini | 14 April 2023

Tempat Aktiviti:
Perpustakaan Desa Kg Chabau


Ringkasan Aktiviti :
Aktiviti mewarna doodle ramadhan dan kraf sampul raya sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan datang.

Tujuan :
• Mengadakan aktiviti mewarna doodle ramadhan dan kraf sampul raya bersama pelajar KEMAS.
• Membuat sampul duit raya selepas pelajar selesai mewarna.
• Mengimarahkan suasana Hari Raya yang akan datang dan merapatkan hubungan bersama pelajar KEMAS.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Aktiviti mewarna doodle ramadhan dan kraf sampul raya telah diadakan pada hari Jumaat, 14 April 2023 jam 10.00 pagi di Perpustakaan Desa Kg Chabau.
• Program ini disertai oleh pelajar KEMAS sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan datang.


Kelebihan Aktiviti :
• Mengisi masa kanak-kanak tabika KEMAS dengan aktiviti menyeronokkan
• Memotivasikan pelajar KEMAS untuk menggunakan kreativiti masing-masing untuk mewarna dan menghias sampul duit raya.
• Mengimarahkan suasana Hari Raya Aidilfitri yang akan datang.
• Mengeratkan dan menggalakkan pelajar meluangkan masa di perpustakaan dan di PEDi dengan aktiviti yang menyeronokkan.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :

.