PROGRAM ADVOKASI PERLINDUNGAN KANAK-KANAK SK JASIN
Aktiviti terkini |25 September 2024Tempat Aktiviti:
NADI Kg Chabau
Ringkasan Aktiviti :
• Staf NADI Kg Chabau telah mengadakan program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak pada Rabu, 25 September 2024 jam 7.30 pagi di SK Jasin. Program Advokasi Perlindungan Kanak-kanak diadakan bagi mengerakkan semua anggota masyarakat agar bersama melindungi dan membina persekitaran selamat untuk kanak-kanak. Tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada kanak-kanak dan komuniti berkaitan kes kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan perlindungan serta tindakan yang boleh diambil sekiranya kanak-kanak terdedah atau terlibat dengan situasi tersebut. Acara ini antara kolaborasi bersama SK Jasin, JKM, AADK, PDRM, Bomba dan LPPKN. Program disertai oleh pelajar SK Jasin.
Tujuan :
• Mengadakan program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak SK Jasin
Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Peserta berkumpul di dewan SK Jasin
• Memberi ceramah Klik Dengan Bijak kepada pelajar oleh pihak NADI
• Pelajar berkumpul di booth MCMC/NADI
• Pendaftaran pengunjung oleh NADI
• Program berlangsung
• Bersurai
Kelebihan Aktiviti :
• Menambah ilmu pengetahuan mengenai NADI dan Klik Dengan Bijak.
• Menggalakkan pelajar meluangkan masa dengan aktiviti atau pengisian yang berfaedah.
• Mengeratkan hubungan kerjasama antara NADI dan sekolah sekitar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :
.