MEMBUAT POSTER DAN BERMAIN PUZZLE ONLINE

Aktiviti terkini | 16 Jun 2024

Tempat Aktiviti:
NADI Kg Chabau


Ringkasan Aktiviti :
• Aktiviti bulanan bertema Basic ICT telah diadakan pada Ahad, 16 Jun 2024 jam 2.00 petang di NADI Kg Chabau.
• Acara ini diadakan menggunakan aplikasi Canva dan pelajar diminta untuk membuat poster sempena Hari Raya Haji.
• Program disertai oleh penduduk Kg Chabau yang terdiri daripada golongan pelajar sekolah.

Tujuan :
• Membuat poster Hari Raya Haji
• Mengenali elemen-elemen yang tersedia di Canva
• Membuat dan bermain puzzle dari poster yang telah dibuat

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Peserta berkumpul di dalam NADI
• Membuka aplikasi Canva
• Penerangan elemen di Canva
• Mereka poster bertemakan Hari Raya Haji
• Membuka aplikasi puzzle.org
• Memuat naik gambar dari poster yang telah dibuat
• Bermain puzzle

Kelebihan Aktiviti :
• Menambah ilmu pengetahuan penduduk tentang Canva yang percuma untuk digunakan.
• Memberi pendedahan tentang cara membuat poster dan elemen yang tersedia di aplikasi Canva.
• Memotivasikan peserta untuk mencipta poster sendiri bagi mengasah kreativiti masing-masing.
• Menggalakkan penduduk meluangkan masa di NADI dengan aktiviti yang menyeronokkan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :

.