PEMBUATAN KEK TAPAK KUDA

Aktiviti terkini | 29 Januari 2024

Tempat Aktiviti:
Balairaya Kg Chabau


Ringkasan Aktiviti :
• Staff PEDi bersama pihak PKK telah mengadakan aktiviti mingguan anjuran PKK di Balairaya Kg Chabau yang melibatkan komuniti setempat.

Tujuan :
• Mengadakan kelas membuat kek tapak kuda viral bersama penduduk setempat dengan kolaborasi pihak Pendidikan Kesejahteraan Keluarga (PKK).
• Mengimarahkan suasana dan merapatkan hubungan penduduk setempat.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Aktiviti mingguan kelas PKK Kampung Chabau telah diadakan pada Isnin, 29 Januari 2024 jam 2 petang di Balairaya Kg Chabau.
• Acara ini antara kolaborasi bersama pihak PKK Kg Chabau.
• Program disertai oleh penduduk Kg Chabau yang terdiri daripada golongan wanita.

Kelebihan Aktiviti :
• Menambah ilmu pengetahuan penduduk tentang kuih tradisional dari Brunei.
• Memberi pendedahan tentang teknik masakan kukus.
• Mengeratkan hubungan silaturahim antara komuniti setempat.
• Menggalakkan penduduk meluangkan masa di PEDi dengan aktiviti yang menyeronokkan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :

.