FACEBOOK LIVE: NEW YEAR, NEW ME !

Aktiviti terkini | 13 Ogos 2021

Tempat Aktiviti:
Page Pusat Internet Komuniti Kampung Chabau

Ringkasan Aktiviti :
Pengisian dan live ini diadakan melalui Facebook Page Pusat Internet Komuniti (PIK) Kampung Chabau. Pengisian ini memberi sedikit perkongsian kepada pengikut-pengikut Page PIK Kampung Chabau tentang sirah Hijrah Rasulullah dan sedikit tips untuk menghadapi tahun baru Islam. Program ini melibatkan pengikut-pengikut Facebook Page PIK Kampung Chabau.


Tujuan :
• Memberi perkongsian berkenaan sirah hijrah Rasulullah kepada pengikut-pengikut Facebook Page PIK Kampung Chabau
• Memberi kesedaran kepada pengikut-pengikut Facebook Page PIK Kampung Chabau tentang kepentingan menghayati permulaan bulan Islam


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Program diadakan melalui talian online
• Antara aktiviti yang diadakan semasa program berlangsung adalah berkenaan sirah Rasulullah dan ibrahnya, tips hijrah untuk pemula dan tips istiqamah dalam berubah
• Program ini melibatkan pengikut-pengikut Facebook Page PIK Kampung Chabau


Kelebihan Aktiviti :
• Boleh diakses dimana-mana sahaja selagi mendapat capaian internet
• Dapat memberikan lebih penghayatan semasa menyambut Awal Muharam


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :

.