PROGRAM ADVOKASI KAFETEEN BERSAMA KAFETEEN : AM I READY ?

Aktiviti terkini | 22 November 2021

Tempat Aktiviti:
Google Meet

Ringkasan Aktiviti :
Pengisian ini diadakan menerusi aplikasi Google Meet. Pengisian ini memberi sedikit perkongsian kepada para pelajar dari SMK Sultan Mansor Shah tentang isu berkenaan rogol, pengguguran dan pembuangan bayi. Program ini melibatkan staf Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Chabau, penceramah dari pihak LPPKN KafeTEEN Melaka dan pelajar SMK Sultan Mansor Shah.


Tujuan :
• Memberi pendidikan dan khidmat nasihat berkaitan kesihatan reproduktif dan sosial untuk membantu golongan muda dari aspek fizikal, mental dan sosial.
• Memaksimumkan potensi dan memperkasakan remaja melalui pendidikan dan bimbingan serta menggalakkan gaya hidup sihat.
• Memberi peluang untuk remaja bertemu dengan kawan-kawan baru, berkongsi pengalaman dan idea baru.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Program diadakan melalui talian online menerusi aplikasi Google Meet.
• Antara aktiviti program yang diadakan adalah perkongsian berkenaan punca terjadinya kes rogol, kesan yang membawa kepada pembuangan bayi serta pengguguran dan hukuman kepada si pelaku jenayah tersebut.
• Program ini melibatkan pelajar dari SMK Sultan Mansor Shah.


Kelebihan Aktiviti :
• Boleh diakses dimana-mana sahaja selagi ada capaian internet yang baik.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :

.