Sambutan Hari Malaysia, Sehati Sejiwa

12 September 2015

Program Sambutan Hari Malaysia (Sehati Sejiwa) merupakan satu aktiviti menjalin silaturrahim antara anggota ahli P1IM Kampung Chabau bersama masyarakat sekeliling dan ahli-ahli KEMAS cawangan Chabau dan pemimpin masyarakat. Bertujuan untuk meningkatkan perpaduan masyarakat, melahirkan rasa kesyukuran sebagai rakyat Malaysia dan memupuk semangat kesedaran cintakan Negara. Merupakan aktiviti anjuran Pusat Internet 1Malaysia Kg Chabau bersama Perpustakaan Desa Kg Chabau dan KEMAS Kg Chabau. Antara aktiviti yang diadakan adalah tayangan filem patriotic (Tanda Putra) pertandingan menaip laju sajak kemerdekaan menggunakan Microsoft Word, pertandingan mewarna Bendera Malaysia menggunakan Microsoft Paint, pertandingan mewarna kraf 1Malaysia, pertandingan mewarna poskad kemerdekaan, pertandingan kuiz kemerdekaan dan pertandingan anyaman tudung saji bertemakan warna Bendera Malaysia. Antara tetamu VIP yang hadir adalah Pn Juwita Binti Omar, Penyelia Perpustakaan Desa Zon 3, Encik Abu Supian Bin Abu Samah, Pengerusi JKKK Kg Chabau. Anggaran masyarakat yang hadir adalah 50orang.



kembali ke halaman utama