Sambutan Hari Raya Aidilfitri

14 Ogos 2015

Program Sambutan Hari Raya Aidilfitri merupakan satu aktiviti bagi menjalin silaturrahim antara anggota JKKK Kampung Chabau bersama masyarakat sekeliling dan pemimpin masyarakat. Dengan adanya sambutan ini, dapat meningkatkan lagi perpaduan masyarakat, dan melahirkan rasa kesyukuran menyambut Aidilfitri. Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini adalah anjuran bersama JKKK Kg Chabau, KRT Kampung Chabau, Lembaga Masjid Al-Hidayah Kg Chabau, KEMAS Kg Chabau, dan Perpustakaan Desa Kg Chabau dan Pusat Internet 1Malaysia Kg Chabau. Majlis telah diadakan di kawasan perkarangan Pusat Internet 1Malaysia. Antara tetamu VIP adalah YB Datuk Hj. Ghazale Bin Muhamad, ADUN Kawasan Rim. Anggaran masyarakat yang hadir adalah seramai 100 orang.



kembali ke halaman utama