Riang Ria Cuti Sekolah

26 Disember 2015

Program “Riang Ria Cuti Sekolah” merupakan sebuah program yang melibatkan semua ahli dan bukan ahli Pusat Internet 1Malaysia. Program ini melibatkan aktiviti pertandingan puzzle ABC bagi kanak-kanak berumur 6tahun kebawah, pertandingan mewarna poster keluarga saya bagi kategori sekolah rendah dan pertandingan teka silang kata bagi kategori sekolah menengah. Secara tidak langsung, aktiviti-aktiviti ini dapat mengisi masa lapang mereka untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.